Kutinggalkan Cinta INI..

Saat cinta hadir menyapa diriku,
Aku tersenyum menerimanya,
Tiada kata mampu kuungkap,
Hanya luahan syukur padaNya..


Namun disebalik keindahan yang kurasakan ini,
Baru kusedar ada sesuatu yang tidak engkau ketahui tentang diriku,
Sesuatu yang selama ini kusembunyikan dari padangan mata,
Pandangan mata yang kadang-kadang berpura-pura,
Secara luaran nampak sempurna,
Namun, ternyata dalaman menderita..



Tidak mungkin selamanya diri ini mampu bertahan,
Dan tidak mungkin juga hati ini mampu terus menipu,
Kuikhlaskan hati melupakan cinta ini,
Kerana kuyakin kau tidak mungkin dapat menerimaku,
Terima kasih kerana membenarkan diri ini singgah sebentar di hatimu,
Maaf atas kesalahanku mencintaimu,
Terpaksa kutinggalkan cinta ini demi kebahagiaanmu..





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Twitter
  • RSS

0 Response to "Kutinggalkan Cinta INI.."

Posting Komentar